click click

Sunday, March 3, 2013

Sejarah Pensyariatan Solat

Solat merupakan antara ibadat yang telah lama disyariatkan. Allah SWT telah berfirman tentang Nabi Isa A.S.

Maksudnya : Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya. (surah maryam:55)

solat telah diketahui oleh penganut agama suci yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S dan pengikut pengikut Nabi Musa A.S. Allah S.W.T telah berfirman sebagaimana yang telah di ucapkan oleh nabi Isa A.S.

Maksudnya : Dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. (surah maryam:31)

manusia manusia pertama yang mendirikan solat sebagaimana yang diriwayatkan bahawa segolongan Ansar bertanya kepada Nabi Muhamad S.A.W. berkenaan perihal solat.

Siapa yang melakukan solat subuh pertama kali? jawab nabi S.A.W. Nabi Allah Adam A.S yang pertama mendirikan nya. Solat Zohor pertama oleh Nabi Ibrahim A.S ketika baginda diselamatkan dari api Namrud. Solat Asar pertama oleh Nabi Yaakub A.S ketika baginda menerima berita tentang Nabi Yusof A.S.Solat Maghrib yang pertama oleh Nabi Daud A.S ketika baginda bertaubat kepada Allah. manakala solat isyak pertama kali oleh Nabi Yunus A.S ketika beliau dikeluarkan dari perut ikan Nun (ikan Paus)

Solat pertama kali yang diwajibkan kepada Nabi Muhamad S.A.W dan diperintahkan untuk mendirikan solat subuh dan maghrib. ketika diutuskan menjadi Rasul, Nabi Muhamad S.A.W masih melakukan solat dua rakaat pada setiap pagi dan petang. Ada pendapat yang mengatakan bahawa solat inilah yang dimaksud kan dgn firman Allah S.W.T yang ditujukan kepada Nabi Muhamad S.A.W:

maksudnya : serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. (surah al-Mu'min)

Perlaksanaan solat itu dilakukan oleh Nabi S.A.W sehinggalah baginda di Isra' dan dimijkrajkan ke langit dan baginda telah diperintahkan untuk mendirikan solat 5 waktu pada tahun ke 11 kenabian atau pada tahun 621 Masihi.

tiap2 hari click je

Link2Communion.com

ip-address

Followers